Welcome to ♥TwinkleBees&Girlz♥ Like My Blog ? Follow me and leave a tag │Follow │Dashboard│
♥TwinkleBee&Girlz♥
Little Disclaimer
hello! Who the writer of this blog? Hmm, is me! Oh yaa... Now, let be me know uolls ! Take time for enjoying read My Diary... Luv uolls !! thanks :)
Lyric
Before I fall asleep I pray for a while.
With a sincere heart of hoping that I will earn the wisdom of forgetting you.
So that my aching heart from our separation will not be a burden to the next person.
Give me a heart to forgive the person who gave me this wound.
I am a weak and selfish person but tell me in a soft voice.
(just let it go) I hear you now...
It's alright, It's ok. Its only for a while, the pain will disappear.
Even if my heart crumbles, it will always be a good memory.
Whenever Im lonely and having a hard time.
Bless those who comfort me.
Make those who tried to pry us apart realize.
(just let it go) I hear you now...
I am a weak and selfish person but tell me in a soft voice.
(just let it go) I hear you now...
I pray like this to get over you.
Its not that I dont like you anymore.
Im doing this because this pain might never end.
( can't let it go)
It's alright Even if you leave, even if you meet new people.
If my heart crumbles, please give me a new one.
this is my prayer.
(xdek kaitan nga aku punn)ha3
Tagboard
Studying!
Universiti Pendidikan Sultan Idris. [UPSI]
Credits
This template by DeruraIhi Basecode by Nazihah Anuar Image by One | Two. Best view on Google Chrome , Thanks all ! <3
Mandi wajib merupakan perkataan yang mudah disebut,tetapi jangan terkejut jika dikatakan banyak umat Islam di tanah air kita yang tidak sah mandi wajibnya kerana tidak melakukannya dengan betul.Untuk melakukan mandi wajib yang betul,seseorang itu tidak boleh melakukannya dengan hanya mandi secara berdiri atau duduk mencangkung sahaja. Sebaliknya,ia mesti dilak...ukan dalam kedua2 keadaan bagi membolehkan seseorang itu meratakan air ke seluruh anggota badannya yang zahir.
Penolong Pengarah Bahagian Dakwah,Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),Ustaz Haji Mat Jais Kamos, menegaskan, bagaimanapun, berdasarkan pengalamannya sebagai bekas kadi di Pejabat Agama Islam Gombak Timur dan penceramah,didapati banyak umat Islam yang tidak mengetahui perkara ini.
“Akibatnya,mandi majibnya menjadi tidak sah kerana tidak memenuhi salah satu rukun mandi wajib iaitu meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir.Apabila mandi wajib tidak sah,ibadat yang dilakukan oleh seseorang itu juga turut tidak sah. Itulah akibatnya jika tidak melakukan mandi wajib dengan betul.” tegas beliau ketika ditemui di rumahnya di Taman Sri Keramat Kuala Lumpur.
Mandi wajib yang juga disebut sebagai mandi junub atau janabah tidak boleh dipandang ringan oleh umat islam.Setiap orang yang melakukannya mestilah mengetahui dan memenuhi rukun2nya. Jika tidak mandi wajib seseorang itu tidak akan sah.
Rukun mandi wajib ada 3 perkara:
Pertama : Niat.
Kedua : Menghilangkan najis pada badan.
Ketiga : Meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir.
Niat mandi wajib: “Sahaja aku mengangkat hadas besar kerana Allah Taala.” Atau ” Sahaja aku mandi wajib kerana Allah Taala.”
Niat itu didalam hati dan ia hendaklah disertakan ketika air sampai ke mana2 bahagian anggota badan.Bagi perempuan yang habis haid,niat mandi wajib ialah: "Sahaja aku mengangkat hadas haid kerana Allah Taala.” Manakala bagi perempuan yang habis nifas,niat mandi wajibnya ialah: "Sahaja aku mengangkat hadas nifas kerana Allah Taala”.
Niat itu jika dilambatkan atau ketika seseorang itu memulakannya selepas dia telah membasuh salah 1 anggota badannya akan menjadikan mandi wajibnya tidak sah.Oleh itu dia mestilah memulakan kembali niatnya ketika dia mula menyampaikan air keseluruh anggota badannya.Sekiranya dia berniat sebelum air sampai ke badan,niat itu juga tidak sah. Oleh itu mandi wajibnya tidak sah.
Mengenai rukun mandi wajib yang ke 2,iaitu menghilangkan najis yang ada pada badan,menurut Ustaz Haji Mat Jais, menurut Imam Nawawi, jika kita ada najis di badan,najis itu boleh dibasuh serentak dengan mandi wajib.Ertinya membasuh najis dengan mandi itu boleh disekalikan.
Sementara rukun mandi wajib yang ke 3,iaitu meratakan air ke seluruh anggota badan yang zahir,meliputi kulit, rambut dan bulu yang ada di badan,sama ada bulu2 yang jarang atau lebat.Jika rambut seseorang itu ditocang atau disanggul,sekiranya tidak sampai air ke dalamnya, tocang atau sanggul itu wajiblah dibuka.Bulu2 dalam lubang hidung pula,tidak wajib dibasuh kerana dianggap batin.Tetapi sekiranya,bulu2 di dalam hidung itu bernajis,ia wajiblah dibasuh.
Mengenai kuku pula,jika di dalam kuku ada kotoran yg boleh menghalang sampai air ke badan khususnya di bahagian bawah kuku,kotoran itu wajiblah dibuang.Membuang kotoran di dalam kuku itu pula boleh dilakukan ketika sedang mandi.
Tentang rambut yg diwarnakan pula selain inai,inilah yang merumitnya. Sebenarnya jika rambut seseorang itu diwarnakan dengan pewarna selain inai,mandi wajib seseorang itu tidak sah.Oleh itu,seseorang yang mewarnakan rambutnya dengan pewarna selain inai,jika dia hendak mandi wajib,dia mestilah membuang pewarna pada rambutnya terlebih dahulu.Tetapi untuk membuang pewarna itu pula bagaimana? Inilah yang rumitnya,sedangkan pewarna pada rambut itu sebenarnya tidak boleh dibuang begitu mudah.
Yang menyebabkan mandi wajib orang yang menggunakan pewarna pada rambutnya tidak sah kerana pewarna itu akan menyalut rambutnya yang menghalang air sampai ke rambut. Ini berbeza dengan inai.Inai sebenarnya akan meresap ke rambut,tetapi pewarna pula akan menyalut rambut menyebabkan air terhalang ke rambut.
Tetapi dalam hal ini,jangan pula ada yang salah faham.Sebenarnya pewarna itu jika dikeluarkan sijil halal oleh JAKIM dan sekiranya pewarna itu tidak bernajis,bukanlah bermaksud menjadi tidak sah.Dalam hal ini,sukalah saya menyatakan bahawa sembahyang dan mandi wajib itu berbeza.Jadi,mestilah dipandang dari sudut yg berbeza.Dalam hal ini juga,sukalah saya menyatakan,huraian mengenai rukun mandi wajib seperti yang telah saya nyatakan ini adalah merupakan perbezaan sah atau tidak mandi wajib.Jadi,ia perlulah diberikan perhatian yang lebih oleh umat Islam.
Mengenai sebab2 seseorang itu wajib mandi wajib pula,Ustaz Haji Mat Jais menegaskan, sebab2nya terdiri daripada 6 sebab. 3 sebab melibatkan lelaki dan perempuan iaitu kerana bersetubuh walaupun tidak keluar air mani,keluar air mani dan mati. Manakala 3 sebab lagi hanya melibatkan kaum perempuan sahaja,iaitu keluar darah haid,nifas dan melahirkan anak(wiladah).
Mandi wajib boleh dilakukan dimana2 dengan menggunakan air mutlak sama ada air telaga,air paip,sungai laut dan tasik.Bagi pasangan suami isteri yang bersetubuh pula,mereka tidak semestinya mandi selepas bersetubuh,tetapi diwajibkan mandi ketika ingin beribadat.
Selepas bersetubuh pula,jika ia dilakukan pada waktu malam,jika tidak mahu mandi wajib lagi, seelok2nya ambillah wuduk sebelum tidur itu adalah sunat,manakala tidak berwuduk sebelum tidur adalah makruh.
Rasulullah S.A.W Bersabda : " Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat, Sebaik-baik manusia itu adalah mereka yang memberi manafaat kepada manusia lain." [Hadith Riwayat Muslim].
Antara faktor yang menyebabkan kita mudah berinteraksi dengan orang lain dan orang lain mudah tertarik kepada kita ialah:
Jaga solat dan lakukan ibadah-ibadah khusus dan umum yang lain.
Sentiasa bersangka baik terhadap semua orang (walaupun kita perlu berwaspada setiap masa).
Sentiasa memberikan senyuman ikhlas kepada orang di sekeliling kita.
Banyakkan bersedekah, samada dalam bentuk wang, senyuman, bantuan tenaga, masa, nasihat, idea, pandangan, sokongan moral dan doa yang berterusan.
Sentiasa memperbanyakkan sabar. Nabi s.a.w. pernah berpesan supaya mencari 144 sebab sebelum kita memarahi orang.
Sentiasa ceria apabila berjumpa dengan orang lain. Pastikan setiap orang seronok berinteraksi dengan kita.
Pamerkan perasaan sayang dan sentiasa sayang-menyayangi antara satu dengan yang lain.
Bentuk dan pamerkan sahsiah yang positif setiap masa. Peribadi yang kurang sopan akan menyebabkan orang lain rasa mual terhadap kita.
Amalkan sunnah-sunnah harian setiap masa dan insyaAllah orang lain akan tertarik kepada kita.
Jika wujud sebarang perasaan sombong atau benci terhadap orang lain, terus ingatkan diri kita tentang mati. Kita mudah insaf dan balik ke pangkal jalan apabila mengingati mati.
Sentiasa syukur dan redha atas pemberian Allah swt.
Sentiasa memberi salam dan ucap selamat kepada orang lain. Pemberian salam akan mengukuhkan hubungan sesama manusia.
Pamerkan simpati kepada setiap individu-individu yang memerlukan simpati dan perhatian.
Jadilah pendengar dan kawan yang setia.
Sampaikan berita baik tentang orang lain dan sembunyikan kelemahan atau keburukan orang lain.
Sentiasalah bermaaf-maafan sebelum berpisah dengan seseorang dan iringi perpisahan dengan doa.
Terlebih Dahulu Baiki Diri
Untuk menarik perhatian orang lain terhadap diri kita, kita perlu terlebih dahulu menyayangi dan memperbaiki diri kita. Orang yang mengasihi dirinya tidak akan melakukan sebarang kegiatan yang boleh mensabotaj dan merosakkan dirinya. Setiap tindak-tanduknya akan dilakukan secara berhikmah dan sentiasa memikirkan perasaan orang lain. Ingatlah pesanan seorang sarjana: "Orang tidak kisah setakat mana yang anda tahu (berilmu), sehinggalah mereka tahu yang anda kisah terhadap mereka."
Rase macam da lame xupdate blog... bz ckit la skrg! xtaw nk buh ape dlm en3 aku yg kiut nieyh! haha. act aku terbace satu artikel nie, nmpk mcm menarik n bermanfaat untuk sesiapa jew... jom tgk2! n jgn lupe like3 en3 kte huhahahahahhaha
12 SIFAT SAHABAT SEJATI ..... MENURUT IMAM AL-GHAZALI
Jika engkau berbuat bakti kepadanya, ia akan melindungimu.
Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas baik persahabatanmu itu.
Jika engkau perlukan pertolongan daripadanya berupa wang dan sebagainya, ia akan membantumu.
Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, ia akan menerima dengan baik.
Jika ia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripadamu, ia akan menghargai atau menyebut kebaikanmu.
Jika ia melihat sesuatu yang tidak baik daripadamu, ia akan menutupnya.
Jika engkau meminta sesuatu bantuan daripadanya, ia akan mengusahakannya.
Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), ia akan menanyakan kesusahanmu.
Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, ia akan meringankan kesusahanmu (membuat sesuatu untuk menghilangkan kesusahan itu).
Jika engkau berkata kepadanya, nescaya ia akan membenarkanmu.
Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya ia akan membantumu.
Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya ia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan.
(Jadilah engkau seperti buah mangga,walau orang melemparinya dengan batu tapi dia membalasnya dengan buah yang manis)
Born on 24th July [24/7].
I`m 20++
I`m a Muslim.
Still study at UPSI Tanjung Malim.
Luv bee so much.
Engaged :)
MATI itu Pasti, NIKAH itu InsyAllah !
Kata - kata
Setiap KESABARAN akan digantikan dengan KEMENANGAN..
Setiap KEDUKAAN akan digantikan dengan KEBAHAGIAN..
Setiap PERPISAHAN akan digantikan dengan PERTEMUAN..
Setiap yang BERAKHIR akan bertukar dengan PERMULAAN..
Setiap KEJADIAN pasti ada hikmah yang ALLAH berikan..
Tetap lah dengan TerSenyum.. kerana SENYUM itu satu SEDEKAH dan penawar DUKA! :)