
![]() |
Sunday, August 7, 2011 | 5:51 AM |
0 Girlz SaysSubjek kuh yang penuh nga assigment.... lalalala~~~ BMK2012 a.k.a bahasa melayu : Anak - Anak Permata Negara! [individu] HNH2012 (TITAS) a.k.a sejarah : Kesan Popular BudayaTtamadun Melayu Moden! [individu] HNH2012 (TITAS) a.k.a sejarah : Kemerosotan Tamadun Bila Sampai Ke Tahap Kemuncak! [individu] HNH2012 (TITAS) a.k.a sejarah : Kemerosotan Tamadun Bila Sampai Ke Tahap Kemuncak! [kumpulan] HNP2012 a.k.a kenegaraan : Pembangunan Dasar Luar Negara! [kumpulan] SKU1013 a.k.a kimia : kumpulan dan individu! Kata -kata ku.... assigment oh assigmnent! banyak nyew assignment aku kne bt la.... xsalah aq sume2 assg nie kne anta b4 minggu 12..... satu pown xbt g,,,, bukan mls tapi kekeringan idea nk cari sumber rujukan lorh.... myb ad byk buku sumber rujukan kat perpustakaan hihi tapi masalah nyew xrajin nk menapak kew cna.... kenkadang kelas pack cgt! if ad ari yg xpack kerajinan 2 kurang pulak hihi caner nk bt nie.......?????? skrg da msuk minggu 9! ad lagi tinggal 3 minggu g.... group present xbt g coz bahan xdek... gawat2! hope aq dapat setel kan sume assg nie secepat mungkinlah.... penat piki byk cgt keje yg xciap..... harap x bt last minute.... cam assg math ritu..... kne pulun cari maklumat n bt sampai ciap... akhirnyew berjaya ciapkan jugak walau xsempurna n selengkap dak clas aq yang len..... assgiment!!!! sangat byk la.... ble aq nk bt ko nie???? hihi : ) hanye mampu tersenyum..... Bak kate pepatah nak BERJAYA seribu cara kalau MALAS seribu alasan!right? hahahope dapat la aq ciapkan ume assg yang lecture aq bagi tuh! semak pala otak ble pk byk cgt xbt g..... kuat kan semangat tanam kan tekad dan maju melangkah ke hadapan huhu ntah btol ntah x ayat aq tue... kih3 : p sayonara! bubye! assigment oh assigment! Monday, August 1, 2011 | 7:08 PM |
0 Girlz SaysKalau perempuan tidak boleh memasak, dikutuk dan disuruh belajar. Kalau lelaki tak boleh jadi imam kita kata okay saja. Jangan diperbesarkan nanti mereka terasa hati. "Apalah perempuan, tak pandai masak siapa nak kahwin dengan awak!" Begitulah kata rakan sejawat lelaki pada seorang anak dara, juga rakan sejawat kami. Maka jawaplah si gadis ayu itu yang dia tidak sempat belajar memasak sebab dari kecil tidak digalakkan keluarga sebaliknya di suruh menumpukan perhatian pada pelajaran saja. Setelah tinggal di asrama, peluang pulang ke rumah terhad dan tidak sempat turun ke dapur membantu ibunya. ''Habis sekarang kenapa tidak belajar?" Tanya sang lelaki lagi dengan penuh semangat. ''Sedang belajarlah ni tetapi selain sibuk dengan kerjaya saya juga sibuk belajar agama, jadi belajar memasak tetap tidak diutamakan!" Begitu jawab si gadis yang membuatkan lelaki tadi menggeleng-geleng kepala. Baginya tidak sempurna seorang wanita jika tidak tahu memasak. Wanita sepatutnya buat begitu juga. Syarat utama menjadi suami mesti boleh menjadi imam. Walau ada yang kata, jika itu syaratnya bermakna makin ramai wanita yang hidup bujang seumur hidup. Lelaki meletakkan kebolehan wanita di dapur sebagai perkara utama dan ungkapan hendak memikat suami, perlu pikat seleranya sering diguna pakai. Tidak kiralah jika wanita itu berpelajaran atau berjawatan tinggi dan penyumbang utama kewangan dalam rumahtangganya. Sekarang bukan asing lagi gaji isteri lebih tinggi daripada suami. Namun kedudukan suami sebagai raja tidak pernah dilupa walau dia tidak mengambil inisiatif mempelajari ilmu menjadi imam. Ilmu bermain video game di komputer mereka rasa lebih perlu. Kalau tidak tahu memasak disuruh belajar dan sesudah belajar perlu handal. Jika handal bukan setakat masak untuk keluarga sendiri, kalau boleh perlu boleh memasak untuk tiga pasukan bola. Begitulah standard yang telah ditetapkan. Bolehkah kita meletakkan undang-undang itu kepada lelaki juga? Kalau tidak pandai jadi imam, belajarlah. Mula-mula jadi imam kepada keluarga sendiri, sudah terror boleh mengimam satu taman perumahan juga. "Sibuk suruh kita handal memasak, mereka tu bolehkah jadi imam?" Dengus teman wanita yang lain. Betul juga ya? Berapa kerat lelaki yang menjadikan sembahyang jemaah di rumah bersama anak isteri sebagai agenda utama, selain keperluan memenuhi pelbagai seleranya? Maka bertanyalah wanita kini kepada beberapa lelaki tentang kebolehan yang satu ini. Ternyata ramai yang menjawab tidak confident menjadi imam sebab takut bacaan al-Fatihah tidak sempurna, salah tajwid atau pun dia merasakan isterinya lebih handal. Ada yang kata lebih elok dia dan isteri sembahyang sendiri-sendiri. Ada juga menjawab, rasa kelakar pula apabila dirinya yang rugged menjadi imam. Isu ini sepatutnya kita beratkan sepertimana masyarakat memberatkan wanita perlu pandai memasak jika mahu bersuami. Lelaki juga harus boleh menjadi imam supaya kewibawaan mereka sebagai ketua keluarga tidak goyah atau menjadi mangsa 'queen control'. Kalau tidak pandai, belajarlah sekarang. Jika wanita disuruh belajar, apa salahnya lelaki! |